Apr 30, 2005

Cerita Lalang dan Ayam..

28 April 2005

Aku sendiri di bilik. Tengahari dah berlalu dan aku tgh sibuk cari site nak tido sebentar sebelum Zuhur..hehe. Sekali hujan turun dah. Mase tu aku rase dah separuh dari pelayaran..hehe! Tempias air hujan masuk dari tingkap. Tesentak kejap, pastu toleh kat jam..huh?? Dah jam 2 petang. Ermm..lihat kuasa Tuhan, hujan tu datang menyapa aku kesejukan, terjaga aku untuk panggilan solat. Allahuakbar :)

Aku terlena kembali..isk! Terjaga balik, huh?? Jam 3, berlarilah ke toilet. Seusai solat, aku kembali ke meja utk sedikit bacaan. Buku Dr Tuah aku buka semula dan aku terpegun melihat analogi ini; kisah manusia, lalang dan ayam.

Apa tulisnya Sifu aku ni?? Aku nak berkongsi bila aku baca dan berfikir kembali. Dia kisahkan ttg manusia (buat aku juga..hehe) Yea, ttg manusia yang cepat benar berpuas hati dgn apa yg dimiliki. Ermm..tak salah bersyukur dan bersifat qanaah. In fact Islam memberatkan tentang syukur dan bersederhana. Lalu terurai lagi di benak..apa kah gaya syukur yang sebenar??

Manusia seringnya rasa dah cukup bila dah berada dalam zon selesa. Contoh mudah kat Malaysia ni. Dan akhirnya, kita Melayu tetap di kampung dan yang kayanye sape?? Sendiri jawab. Aku tambah lagi, banyak orang kita melarat di Bumi sendiri..ha'ah, Melayu kayap!!

Memang benar Islam menitikberatkan tentang segala konsep yang bermanfaat utk dipraktik dalam hidup. Contohnya; syukur, sederhana, bekerjasama dan tak ekstreme dlm tiap perbuatan. Benar..itu semua benar, sebab itu dasar undang-undang Tuhan. Segala yang termaktub itu berhikmah belaka.

Nah, lagi apa yang nak di fikirkan? Hah..soklan bagus :) Islam gak memberatkan tentang berjuang, berusaha, tekun dan segala. Satu proses untuk menambah kebaikan, berjihad memiliki kekayaan harta dan jiwa. Petik kata Dr Syarifah Hariyati *JJ (jihad jiwa) Ya, Islam suruh manusia itu berusaha dan soalan aku, cukupkah dengan apa yg ada pd diri kita sekarang ni?? Cukupkah dgn apa yg diusahakan setakat ini, pada hari ini?? Apa kaitan antara jiwa dan jihad??

"Tengoklah keperluan memasing. Mungkin ada yang kata dah cukup pun. Ikut kehendak hati sebenarnya..memang tak cukup" Ermm..benarke??

Hmm..cukup yang tak patut ialah bila tak berusaha ape pon, tapi kata dah ok. Walhal..bukankah jika berusaha lebih..akan dapat hasil yang lebih?? Jihad jiwa yg bagaimana??

Ermm..Islam perlukan ummah yang berwawasan. Bila berjuang dan berusaha kena bersunguh-sungguh. Masa itulah kita boleh memperbaiki diri. Jiwa makin semangat, hasil makin hebat. Kadar yang menerima zakat pun kurang dan Islam makin cemerlang. Aku teringat kan zaman pentadbiran Khalifah Umar ra. di mana pada masa tu mmg takde wujud pun kemiskinnan. Nah! Nak juga pegang dengan kata-kata ini?? "Alahai, cukuplah ape yg ada ni"

Ermm..cuba keluar sket, think out of d'box, kita perlu bangunkan ummah. Jika tiada pendapatan, aku katakan sukar. Tahu bagaimana agen Kristian mendominasi da'wah?? Mereka gunakan wang. Er..aku bukan cakap untuk mengajak semua jadi materialist tapi sekadar mengajak berfikir tentang hikmah berusaha dan menjadi Muslim yang cemerlang dalam dunia yang makin dikuasai kebaratan. Muslim nampaknya makin terpinggir.

Kecukupan dan berada dalam 'comfort zone' buatkan kita terlalu mudah menerima dan malas berfikir untuk merubah keadaan diri. Ye..jadi katak bawah gelas kaca..

Lalang..memang takde gunanya pun(habis mana pun, bagi kat lembu..hehe) Orang tebas-tebas je. Tapi, lihat juga bagaimana lalang berusaha utk hidup. Lalang berkejar-kejaran utk menjadi yang paling tinggi. Lalang mengejar mentari sebagai aset hidup.

Ayam. Ayam pon takde akal tapi bila diberi makanan, ayam berebut-rebut. Ayam bercakaran. Itu kisah lalang dan ayam yang berusaha dan berjuang, kisah bagaimana menggunakan peluang..walau tiada fikiran.

Manusia yang punya paksi akal, tetap suka melunjur kaki dengan apa yang wujud di depan mata. Lalu, kita pun jadi bangsa yang miskin dan tertindas. Taknak ke menjadi kaya dam membantu yang memerlukan? Taknak ke membantu fakir dan mengurangkan jumlah penerima zakat??

Ya, Islam kemudian menggariskan agar bersikap qanaah. Sentiasa bersyukur dan merasa cukup. Islam menyarankan ketekunan dan bekerja bersungguh-sungguh. Ya, jadi soleh wa musleh. Jadi Islam yang menyemai di dunia dan menuai di akhirat. Kita taknak Islam mundur. Kita nak kaya untuk membantu. Sekurangnya itu menjadi motivasi utk berjuang dan memanfaatkan satu usaha da'wah. Jika Muslim kaya jiwa, imannya tetap utuh dan sentiasa mengingati Allah dalam tiap perbuatan..Insyaallah, dia akan beroleh nikmat tenang dan bahagia. Hubungan dengan Allah dan manusia akan terpelihara. Keseimbangan di dunia dan akhirat.

Itu sekadarnya. Aku cuma mahu ajak sekalian 'kita' berfikir. Sekalian kita perlukan berfikir kerana Allah umumkan cuma ahli-ahli yang berfikir akan melihat hikmah dalam tiap kejadian. Itu cuma, jika ada sebarang komen..silakan berkongsi. Aku cuba yang terbaik, oppss! Kita akan cuba yang terbaik utk kembali menilai. Zikirlah..ingat!! Fikirlah..renung!! Hikmah kembara dan segala nikmat ini adalah pinjaman. Gunakan sebaiknya. Allah tahu segala, wassalam :)

No comments: